PELBAGAI EBOOK-PETUA-TIP KESIHATAN-PELUANG PERNIAGAAN ONLINE-KLIK DISINI

Isnin, 11 April 2011

IMPIAN

بسم الله الرحمن الرحيم

Yang tajam itu akal
Yang luas itu ilmu



IMPIAN jadi kenyataan


Setiap orang ada IMPIAN masing masing, untuk menjadikan IMPIAN tersebut suatu kenyataan ia mestilah mempunyai Visi dan Misi ;-Visi - Impian ( cita - cita atau angan angan )
Misi - Usaha yang di lakukan untuk mencapai Impian tersebut



Teknik berusaha

1) Tulis Impian anda itu secara berulang kali pada setiap hari
2) Anda mesti lakukan latihan dengan penuh tumpuan pada setiap hari selama 4 jam sehari, ( contoh - jika sekiranya anda impikan untuk menjadi pemain badminton negara, anda perlu membuat latihan bermain badminton selama 4 jam sehari )

3 ) Ambil seseorang yang telah berjaya menjadi idola anda, contohi bagaimana usaha yang di lakukannya sehingga ia mencapai kejayaan


Tips untuk berjaya

1) Sentiasa berfikiran positif
2) Sentiasa tekun berusaha
3)Sentiasa fikirkan kejayaan
4) Tiada perkataan putus asa dalan fikiran


Doa
Usaha
Istiqamah ( berterusan )
Tawakal

Tiada jalan mudah untuk mencapai seuatu kejayaan, melainkan dengan
usaha yang kuat, tekun dan gigih serta bersungguh sungguh bagi mencapai
ke arah itu. - TUN DR MAHATHIR




Orang yang suka menolong orang lain untuk berjaya, dia jugakan berjaya- DR FADHILAH KAMSAH



Hendak berjaya di dunia adalah dengan ilmu
Hendak berjaya di akhirat adalah dengan ilmu
Hendak berjaya kedua duanya adalah dengan ilmu



Minda yang positif, kebiasaannya mampu melihat sesuatu yang tak kelihatan, dapat merasa sesuatu yang tak mampu di rasa dan cuba mencapai sesuatu yang sukar di capai

Hidup jangan mudah mengalah kerana ianya seperti berada di medan perang, strategi dan kebijaksanaan menjadi pemankin kejayaan.


Jika ada kemahuan akan ada seribu jalan, jika tiada kemahuan akan ada seribu alasan


Tiada salahnya bercita cita besar, yang penting mulakan langkah pertama dan diikuti satu persatu langkah yang lain, ibarat seekor semut yang mampu mengumpulkan segunung makanan


Masa hadapan bergantung pada apa yang kita lakukan sekarang

























DOA NABI YUNUS : “La ilaha illa anta subhaanaka inni kuntu minazzholimiin.”

Al-Anbiya’ : Ayat 87

[87] Dan (sebutkanlah peristiwa) Zunnun, ketika dia pergi (meninggalkan kaumnya) dalam keadaan marah, yang menyebabkan dia menyangka bahawa Kami tidak akan mengenakannya kesusahan atau cubaan; (setelah berlaku kepadanya apa yang berlaku) maka dia pun menyeru dalam keadaan yang gelap-gelita dengan berkata: Sesungguhnya tiada Tuhan (yang dapat menolong) melainkan Engkau (ya Allah)! Maha Suci Engkau (daripada melakukan aniaya, tolongkanlah daku)! Sesungguhnya aku adalah dari orang-orang yang menganiaya diri sendiri.

Fadhilat:

Doa/tasbih Nabi Yunus AS semasa terperangkap di dalam perut Ikan Nun.
Sabda Rasulullah SAW:
“Barangsiapa mempunyai apa-apa hajat, hendaklah ia berwudhuk, kemudian sujud kepada Allah, sambil membaca tasbih Nabi Yunus sebanyak 40 kali dengan cara jari telunjuknya menghadap ke arah kiblat ketika ia sujud. Sesungguhnya sesiapa yang berbuat demikian akan diperkenankan doa dan permintaannya.”
Sabda Rasulullah SAW:
“Sesungguhnya aku ketahui satu kalimah yang apabila dibaca oleh mereka-mereka yang ditimpa bala atau kesusahan, Allah akan lepaskan si pembacanya dari kesusahan. Kalimah tersebut ialah tasbih saudaraku Nabi Yunus AS “La ilaha illa anta subhaanaka inni kuntu minazzholimiin.”

Di antara amalan yang mujarab untuk melepaskan bala atau untuk menunaikan apa-apa hajat; solat hajat 2 rakaat,
kemudian selawat ke atas Nabi sebanyak 100 kali, istighfar 100 kali, kemudian bacalah tasbih ini sebanyak 70,000 kali atau 10,000 kali atau 313 kali. Diamalkan setiap hari selama 7 hari. Insya-Allah segala hajatnya akan ditunaikan oleh Allah.













































Kasih dan sayang
Kasih dan sayang amat penting dalam kehidupan, sekiranya kita berkasih sayang di antara kaum keluarga, sanak saudara, jiran tetangga , sahabat handai dan sesama manusia, kita akan mendapati dunia ini adalah di antara taman taman syurga






click to create your own










.
.