PELBAGAI EBOOK-PETUA-TIP KESIHATAN-PELUANG PERNIAGAAN ONLINE-KLIK DISINI

Jumaat, 13 Mac 2009

PEDOMAN HIDUP

ﻻﺍﻟﻪﺍﻻﺍﻟﻟﻪ ﻤﺤﻤﺪﺮﺴﻮﻝﺍﻟﻟﻪ




PEDOMAN HIDUP

Agama ISLAM lahir bagi membimbing manusia mengawal hawa nafsu dengan mengikut peraturan2 tertentu yang telah di tetapkan oleh penciptanya



Islam adalah cara hidup ( way of life ) peraturannya lengkap dalam semua segi dalam mengatur khidupan manusia berasaskan AKHLAK yang mulia.



Terdapat (5) perkara dalam AL QURAN iaitu Tauhid, Ibadah, Kiamat, Balasan, Akhlak dan sejarah


Nabi Muhannad SAW bersabda bahawa keseluruhan AL QURAN itu berada dalam AL FATIHAH


Sesungguhnya nasihat itu adalah merupakan sedekah yang lebih besar manfaatnya daripada harta benda, wajib bagi seorang mukmin itu mensihati sahabatnya demi ALLAH dan RASUL




Hati yang luhur datangnya dari jiwa yang pengasih dan penyanyang




Doa Rasullullah s.a.w
Ya Allah, kayakanlah aku dengan ilmu, hiasilah aku dengan sifat berlapang dada ( lemah lembut ), muliakanlah aku dengan ketaqwaan, indahkanlah aku dengan kesihatan




KETAHUILAH ORANG YANG BIJAK ITU ADALAH

1) Orang yang sentiasa tinggi hemah dirinya dengan dapat mengawal hawa nafsunya.

2) Selalu bangun malam sembahyang tahjud mohon keampunan dan rahmatnya

3) Sentiasa menghisab diri dengan amalan yang di lakukan.

4) Sentiasa patuh dengan perintahnya dan timggalkan segala larangannya




SEKIRANYA ANDA MENGERJAKAN SOLAT BERMAKNA ANDA MENDIRIKAN AGAMA ANDA, JIKA SEKIRANYA ANDA MENINGGALKAN SOLAT BERMAKNA ANDA MERUNTUHKAN AGAMA ANDA.



Orang yang bersolat tetapi tidak dapat menahan diri dari perbuatan munkar dan keji samalah dengan orang yang tidak bersolat Wallahualam



DEMI MASA MANUSIA ITU DALAM KERUGIAN, KECUALI ORANG YANG BERIMAN DAN BERAMAL SOLEH, NASIHAT MENASIHATI DENGAN KEBENARAN DAN NASIHAT MENASIHATI DENGAN KESABARAN




Untuk mendapat ketenangan dalam hidup, mestilah ada sifat ' qanaah' iaitu syukur,redha, memadai.



Kekuatan Islam pada penyatuan, itu dalil yang di syiarkan, dengki khianat mainan syaitan, sengaja menghasut demi PERPECAHAN.
Iman dan Islam itu tidak ada nilai andai kesempatan melaksanakan iman tidak di endahkan dengan alasan kesibukan dunia

Kemusnahan hidup manusia adalah berpunca dari kehidupan itu sendiri ( harta, kuasa, kemegahan) yang membawa kepada perbalahan

Neraka tempat orang berdosa, jika terasa berdosa, jangan berputus asa , cepat bertaubat, berdoa dan berusaha, demi syurga nikmatnya tak terhingga

Tuntutlah kejayaan akhirat dengan penuh taqwa kerana kejayaan itu mempunyai 4 perkara iaitu - kekalan, kekayaaan, kehormatan dan ilmuan

Memberi hadiah , bersedekah dan berkorban demi Allah dan rasul, adalah punca kepada pembersihan hati dan pembetukan wadah ilmu

Perbanyakan memberi kepada yang memerlukan, hadiah kepada yang berkenaan, bersedekah kepada fakir/miskin, berkorban demi menegakan syiar Islam

Petunjuk kepada jalan iman begitu terang untuk hati yang mulia, pemurah dan penyayang sesama makluk

Buta hati adalah buta yang paling keji di dalam perjalanan menuju iman, punca buta hati itu kerana sifat bakhil, dengki, berdendam dan khianat sesama makluk

Perbanyakan membaca al quran ( 10 surah lazim ) serta terjemahannya, sambil di renung dan di fikir maksud dan pengamalan nya bagi menepati perintah Allah

Bacalah surah Al Fatehah dengan niat menyusuli jalan syahadah dari Nabi Adam hingga Rasul s.a.w ( wadah fikir ) di tambah pula dengan 7 x surah Al- quraisy, Al- maun dan Al- kautsar

Perbanyakan zikir LAILLAHAILLALLAH ,bertasbih, dan solat hajat untuk meminta kebaikan. Teruskan amalan ( elok membaca surah Al- Fatehah dan Al- Kafirun )

Bersyukurlah sentiasa dengan segala kurnian nikmatnya kepada kita, Andai kaya lihatlah pada yang miskin, Andai miskin lihatlah pada yang papa, andai papa lihatlah pada yang cacat dan seterusnya

Hidup ini ibarat ada 3 hari, semalam sebagai pengalaman, hari ini untuk perancangan, dan esok hanya menanti jawapan

Kata orang ariffbillah, gagal sesuatu amal itu adalah kerana perasaan itu sendiri yang mencengkam nurani hingga hilang pertimbangan akal dan kalbu

Berfikirlah dengan zikir, berzikir perlu di susuli amal, beramallah dengan sifat zuhud, zuhud akan melahirkan sifat redha

Kuatkan semangat sempurnakan aklak, perbaiki segala kelemahan diri, jadikan masjid tempat menyendiri, dinihari bermohon pada Illahi.

Tidak Allah jadikan sesuatu iti sia sia, yang menjadikan sia sia itu adalah akal yang tidak mahu berfikirdan mengambil pengajaran /hikmah atas apa yang berlaku.

Agama Islam adalah agama yang terbaik, ia adalah kerana peraturannya yang membentuk aklak yang mulia.

Hidupnya kita perlu bersederhana, soal akhirat juga soal dunia, berkasih sayang itu yang utama, hidup akan sejahtera selama lamanya.

Jangan khuatir persoalan rezeki, mudahkan dengan perbanyakan dhuha, jangan yang wajib di tinggalkan pula, agar kehidupan tersusun lagi terlaksana

Sesungguhnya quran itu petun juk kepada oarang yang bertaqwa, orang yang bertaqwa adalah oarang yang beriman pada perkara ghaib

Di beri lidah agar perbanyakan berzikir dan bertasbih bagi memuji kebesaran Illahi, bukan untuk berdusta

Kurnian tuhan yang di nikmati terbahagi kepada tiga ia itu kepuasan nafsu, keindahan amal, ketenangan kehidupan. Maka perlulah bijaksana dalam menerima anugerahnya

Mendisiplinkan diri merupakan cara bagaimana anda boleh mematuhi undang 2 / peraturan dunia ataupun akhirat

7 yang mendapat naungan Allah : 1) Pemimpin yang adil, 2) Pemuda yang membesar dalam ibadat, 3) Orang yang hatinya mengigati masjid, 4) Orang yang merahsiakan sedekah, 5) Lelaki yang menolak zina, 6) Dua orang yang bertemu dan berpisah kerana Allah, 7) Orang yang menangis kerana Allah.

Bacalah Al-quran sesungguhnya, Quran ituakan datang pada hari kiamat sebagai pemberi syafaat( penyelamat dari neraka ) kepada pembacanya ( Hadis muslim )

Hak sesama manusia ada 6 perkara :- 1) Memberi salam, 2) Memenuhi undangan, 3) Memberi nasihat, 4) Mendoakan bersin, 5) Ziarah orang sakit, 6) Menziarai jenazah ( Hadis Baihaqi )

Allah sukakan bersin dan bencikan menguap, apabila bersin ucapkanlah Alhamdulillah, Hendaklah orang yang mendengarnya mengucapkan Yarhamkallah ( Hadis Tarmizi )

Orang mukmin itu segera solat bila sampai masa, solatnya khusyuk, kata katanya penawar, sabarnya taqwa, diamnya berfikir dan padangannya iktibar ( Hadis Hasan Basri )

Kebahgiaan akhirat hanya akan di capai dengan taqwa, menjauhi kehendak nsfsu dan kehendak dunia, menyerah diri kepada Allah ( Imam Ghazali )

Seorang lelaki yang budiman, memlihara agamanya, maruah dirinya, kehormatan keluarganya dan menjadi pelindung kepada segala ancaman

Dunia ini adalah tempat kita bercucuk tanam, akhirat adalah tempat kita menikmati hasilnya

Cahaya mata - didik lah anak anak dengan sempurna, sekiranya keimanan, ketaqwaan dan akhlaknya elok, maka ia akan menjadi cahaya mata kepada kita.

Sering sering lah membuat tahjud dan dhuha kerana ia membawa kepada kemudahan pekerjaan seharian dan terang perjalanan untuk beriman kepada tuhan

Renungilah maksud Al-Quran yang tersirat maupun yang tersurat, ilmu lahir dari sering bermunajad dan risaukan umat, itu jelas kita umat Muhammad

Manusia sering kealpaan, kelalian pula kerana kesenangan, sering sering lah muhasabah akan kehidupan, jadikan AL Quran se bagai panduan.

Malaikat yang wajib di ketahui adalah Jibrail, Izrail, Mikail, Israfil, Munkar, Nakir, Rakib, Atid, Malik, dan Ridhuwan

Malaikat Jibrail - tugasnya menyampaikan wahyu kepada Rasul rasul dan pembawa hidayah kepada ummat muhammad

Malaikat Izrail - tugasnya sebagai pencabut nyawa manusia

Malaikat Mikail - pembawa rezeki kepada manusia

Malaikat Israfil - peniup sankakala

Malaikat Munkar dan Nakir - penyoal di dalam kubur

Malaikat Raqib - menulis akan kebaikan yang di lakukan

Malaikat Atid - menulis akan kejahatan yang di lakukan


Kehidupan yang sementara ini untuk mencari kebenaran dan perjalanan untuk ke akhirat, bukan menjadikan hidup ini suatu kesukaran untuk beriman

Bersahabatklah dengan hatimu terlebeh dahulu sebelum bersahabat dengan orang lain dan tidak sempurna iman itu melainkan mencintai sahabatmu sebagaimana mencintai dirimu sendiri

Kebenaran itu ibarat hempedu kepada pencinta dunia kerana ia boleh menjejaskan nama, pangkat, darjat dan kemegahan hidup

Di antara amal jariah yang paling besar adalah DAKWAH ILLALLAH - ( jalan kepada Allah, mujahadah - susah payah )

Air yang suci lagi menyucikan adalah air yang yang boleh beristunjak, wuduk, mandi hadas, membasuh dan sebagainya. Ianya di sebut sebagai air mutlak

Jenis jenis air yang boleh di gunakan untuk bersuci adalah air sungai, air laut, air hujan, air perigi, air mata air dan air salji

Menjadi orang islam adalah penting baginya bersuci kerana ia punca segala amal

Terdapat 3 perkara yang membantu manusia semasa beradadi alam kubur, ia itu doa anak yang soleh, sedekah jariah dan ilmu yang bermanafaat

Menurut riwayat MARDAWIH, jumlah para nabi adalah sebanyak 124,00 orang, manakala rasul Rasul pula adalah 313 orang

Barangsiapa yang ingin bertemu dengan tuhannya maka hendaklah dia membuat amal soleh dan jangan sesekali menyekutukan Allah dengan segala sesuatu

Dosa yang paling besar adalah dosa menyekutukan Allah(syirik) dengan makhluk, mendurhakai ibu bapa, berdusta, dan saksi palsu ( Hadis Mukhari dan Muslim )

Dia mengampuni segala dosa selain dari syirik, bagi sesiapa yang di kehendakinya

Jauhilah dosa samada besar dan kecil, janganlah sesekali bersubahat dengan orang yang membuat dosa


Untuk menghapuskankepercayaan terhadap selain dari Allah adalah dengan memperbanyakan mengamal Sunnah Nabi S.A.W

Dalam sehari kita telah melakukan solat 17 rakaat, 34 sujud, 94 takbir, 9 tahiyat, 10 salam dan 153 tasbih

Terdapat 3 bahgian Najis iaitu Najis Mukhffafah (ringan), Mughallazah ( berat), Muttawasitah ( sederhana )

Air Mutnajjis - adalah air yang telah bercampur najis maka ia tidak suci dan tidak boleh di gunakan

Air Makruh- adalah air yang terjemur kepada panas matahari, walaupun ianya lebih dari 2 kolah ianya boleh mendatangkan mudarat jika terus di gunakan

Air Mustakmal - adalah air yang suci tetapi tidak munyucikan kerana ia kurang dari 2 kolah dan termasuk sedikit air lain seperti air miniman dan sebagainya

Untuk mendapatkan ketenangan dalam hidup mestilah ada sifat qanaah, ia itu syukur, memadai dan redha

7 dosa besar itu adalah Syirik kepada Allah, Sihir, Membunuh jiwa yang suci, Memakan harta anak yatim, Riba', Lari dari medan jihad dan Menfitnah wanita solehah.

Menurut riwayat imam Ahmad, 3 golongan manusia tidak memasuki syurga adalah Pecandu arak, Pemutus silaturrahim dan Sihir

Jampi mentra itu adalah sesuatu amalan yang membawa kepada syirik kerana yakin sesuatu itu selain dari Allah

Beriman dengan Qado dan Qadar Allah adalah sesuatau yang jelas terhadap kesalahan mempercayai sihir, tilik nasib dan seumpamanya

Mahabbah atau tiwalah adalah jampi serapah untuk menimbulkan kasih dan sayang suami/isteri sedang itu boleh melawan takdir Allah ( syirik )

Keistimewaan orang Islam di dalam mencari rezeki ( Ibadah) adalah dengan berdoa, berusaha dan bertawakal

Ikutilah setiap amalan itu dengan penuh tertib, mengamalkannya dengan penuh khusyuk dan tawadduk dan dengan penuh iklas hanya kepada Allah

Sesuatu amalan itu hendaklah di lakukan dengan penuh kenyakinan kerana tanpanya tiada gunanya, malah sia sia

Sesuatu keistimewaan & kekeramatan itu datangnya dari hati yang luhur di dalam mengamalkan sesuatu hanya kerana Allah

Wadah diri di dalam beragama itu adalah nelalui mujahadah ilmu kerana ia dapat menguatkan iman dan taqwa kepada Allah

Aebaik sebaik kaya adalah kaya amal dan sein dah - indah senang adalah senang hati

Hidup ini penuh dengan dugaan dan cabaran, segalanya itu adalah untuk mematangkan kita dan membuka fikir seb agai makluk Allah si atas muka b umi

Orang yang tidak mahu berdoa dan memohon perlindungan Allah adalah orang yang sombong dan mudah untuk menjadi tunggangan syaitan

Lenkapnya manusia di jadikan dengan begitu senpurna iaitu dengan syariat kehidupan yang mempunyai akal fikiran, perasaan, jiwa dan nafsu

Mujahadah ilmu itu datang dari mengamalnya, tanpa mengalkan ilmu di dalam kehidupan maka sia sialah ia

Di dalam memperjuangkan diri untuk menjadi hamba Allah adakalanya kita sering tergelincir kepada menjadi hamba nafsu

Setiap ujian yang di berikan itu akan di iringi hikmah bagi melengkaokan wadah diri untuk menjadi hamba Allah

Setiap rahmat itu akan di susuli dengan ujian agar kesyukuran terhadap rahmat itu mengiri diri di dalam bersyukur

Fikir terhadap kejadian langit dan bumi itu adalah suatu ilham di dalam membentuk fikir sebagaimana yang di kehendaki oleh Allah terhadap hambanya

Kefahaman agama datangnya dari hati yang penuh taqwa dan sering berfikir tentang kejadian langit dan bumi

Tiada gunanya ilmu yang tinggi dan mendapat puji masyarakat tetapi tidak mampu membimbing ummat sebagaimana Rasullullah SAW dan para sahabat Baginda

Belajarlah ilmu itu walau setinggi mana sekalipun dan jangan takut kepada kesesetan kerana SYARIAT islam itu ada benteng kepada iman

Segala kebaikan dalam amal ibadat itu lahir dari pengamalan dan mujahadah diri terutama secara ISTIQAMAH

Allah sangat berbangga terhadadap hambanya yang sering berkhalwatengan zikir dan tasbih bagi mengigati dan memujinya

Hati yang suci lagi murni adalah hati yang sering di cuci debgan air mata taubat terutama di dinihari

Hidup biar sederhana kerana keserhanaan itu di anjurkan oleh Nabi Muhammad SAW

Perbanyakan bertasbih di pagi dan di petang hari walau pun bermula bacaan sebanyak 3 kali

Mulakan hari kita dengan dinihari dengan keluar mencari rezeki selepas membaca Yassin selepas solat subuh sebelum memulakan sebarang pekerjaan

Ilmu Usul untuk mencari kebenaran , ilmu Feqah untuk mengenal keislaman dan ilmu Tasawwuf itu adalah ilmu hati yang tulus untuk mengenal tuhan

Zikir, kita di ganggu syaitan. Tasbih, dunia menjadi godaan. Solat, kita di uji Tuhan, maka Al quran adalah penyelesaian

Sebaik baik Zikir, dinihari, sebaik baik tasbih di pagi dan petang, sebaik baik solat jangan di tinggalkan, sebaik baik Al quran di baca dengan makna terjemahan

Zikir untuk ingat Tuhan, tasbih untuk puji Tuhan, solat pula untuk kesyukuran, dan Al quran itu sebagai bimbingan

Buta hati itu adalah akibat cinta dunia, cinta harta dan wanita

Air mata taubat itu adalah penghapus segala dosa dan memujarabkan doa dan permintaan, Wallahualam

Keredhaan Allah itu mudah di perolehi melalui jiwa yang pemurah , pengasih dan penyayang kepada makluk makluk dan hamba Allah

Amal soleh adalah amal kebajikan untuk memudahkan insan beriman dan mencari keredhaan Tuhan

Sekiranya jiwa sudah kuat dengan keimanan dan amal soleh, segala tipu daya syaitan dapat di hidu

Rezeki yang berkat akan memudahkan kita untuk menghadapi akhiratdan menjadikan diri dan keluarga yang mendapat rahmat darinya

Di dalam mencari rezeki biarlah kita mencari rezeki yang halal kerana rezeki yang halal itu membawa berkat

Kesederhanaan itu mencerinkan kesyukuran - Wallahualam

Sebaik baik bicara adalah di mulai dengan ucapan SALAM, sebaik baik SALAM adalah dengan senyuman penuh ikhlas

Sebaik baik sesuatu pekerjaan itu adalah di mulakan dengan membaca BISMILLAH

Sebai baik memegang dan membawa Al Quran adalah dengan berwuduk, sebaik baik berwuduk adalah sentiasa dan apabila terbatal ianya di perbaharui

Dalil kepimpinan kita adalah kepimpinan terhadap diri ( NAFSU ) dan keluarga

Tidak perlu resah di dalam mencari rezeki tetapi resahlah dalam mencari IMAN dan TAQWA

Mencari ilmu itu wajib sebagaimana jasad perlukan makanan, hidup umpama jam yang berputar tanpa menunggu kita

Keindahan ISLAM itu adalah terletak kepada keindahan amalan pengamalnya, ISLAM bukanlah hanya sekadar di bibir sahaja

Rasullullah SAW meninggalkan kita harta yang paling bernilai ia itu Al Quran, sunnah, Mekah dan Madinah. Tetapi umat buta hati, kenapa ?

Sebaik baik kaya adalah kaya ilmu, semulia mulia ilmu adalah yang di amalkan, seindah indah amalan adalah dengan berterusan (istiqamah)

Jangan terleka dengan dunia kerana itu adalah mainan syaitan yang melalaikan

Renungi ASMA UL USNA dengan [penuh khusyuk , di situ mengandungi wadah diri yang perlu di halusi

Di dalam ASMA UL USNA mengandungi pelbagai rahsia sekiranya kita beramal secara beristiqamah ( berterusan )

Sebutlah nama2 Allah di dalam ASMA UL USNA mengikut namaNYA dan berwiridlah dengan hadar bacaan jumlah jumlah yang tertentu

Sesaorang yang dapat mengerjakan solat subuh secara berjemaah selama 40 hari Allah akan menyelamatkanya dari sifat MUNAFIK

Huraisy itu adalah seekor binatang dari neraka yang panjangnya seperti langit dan bumi, lebarnya seperti jarak timur dan barat

Huraisy memburu manusia di akhirat kelak iaitu orang yang tak solat , tak mahu berzakat, derhaka pada ibu bapa, suka minum arak dan suka bercakap dalam masjid

Di antara amalan berat bagi orang munafik itu adalah solat subuh dan solak isya

Di antara kawan kawan iblis itu adalah Hakim yang tidak adil, Orang kaya yang sombong, Menipu dalam perniagaan, Pemutus silaturrahim dsb

Berilah salam ketika bertemu dengan saudara saudara kita kerana ia dapat mengeratkan silaturrahim

Bersugi sebelum solat adalah sesuatu yang di tuntut dan sebaik baik bersugi adalah di susuli dengan berkumur

Memakan bawang mentah akan menjauhkan malaikat daripadanya teutama di
dalam masjid

Bukti dan dalil sesaorang hamba ALLAH itu beriman adalah mereka yang memakmurkan masjid, mendirikan solat, mengeluarkan zakat dan takut hanya pada ALLAH

Di dalam neraka Lam Lam terdapat ular 2 berbisa, sebesar leher unta yang gemuk dan panjangnya selama sebulan perjalanan, khusus untuk melengah lengahkan solat

Falsafah solat adalah suatu lambang kepada pengabdian seseorang kepada TUHANNYA malah orang solat itu juga bermunajat

Orang yang sering berbuat maksiat tetapi tidak mahu bertaubat, sesungguhnya semua amalannya tidak akan di terima TUHAN, Wallahualam

Seorang pemimpin yang sombong lagi zalim tidak akan mendapat pahala terhadap ibadahnya terutama solat

Seorang imam akan menjadi sia sia apabila makmumnya membenci dia, Wallahualam


Amat rugi bagi seseorang yang bersolat tetapi tidak pula mengeluarkan zakat

Orang yang menberi penuh perhatian pada solatnya, insyaaallah akan mudah menjaga suruhan agama yang lain

Orang yang sering mengigati mati itu adalah sebijak bijak manusia

Insan yang merindui akan Tuhannya adalah insan sering mengigati mati

Jangan berputus asa dengan rahmat ALLAH, sesungguhnya rahmat itu untuk insan yang sering merindui akan TUHANNYA

Tuhan amat maha pengasih lagi maha penyanyang melalui pintu pintu taubat yang tebuka untuk hambanya kembali ke pangkal jalan

Batas batas agama itu lahir daripada hukum kehidupan agar umat dapat kefahaman akan maksud kehidupan di dunia ini mengikut kehendak Tuhan

Hati tidak kuat kepada kehidupan akhirat itu adalah petanda IMAN yang terlalu lemah

Maksud cara hidup kekafiran itu adalah mengambil keseronokan dunia tanpa menghiraukan kehidupan akhirat

Cinta dunia itu datangnya daripada panjangnya angan angan dan mudah terkesan dengan sekeliling terutama cara hidup kekafiran

Hati yang buta itu berpunca dari cintakepada dunia

Taubat itu lahir pada jiwa yang ada padanya kesedaran diri sebagai hamba yang lemah lagi banyak dosa

Barang siapa berselawat 10 kali di waktu pagi dan 10 kali di waktu petang maka ia akan dapat syafaat nabi Muhammad SAW di hari kiamat - Hadis riwayat Thabarrani

Siapa berselawat ke aras nabi Muhammad SAW 1 kali maka ALLAH akan berselawat sebanyak 10 kali dan menghapuskan 10 dosa dan mengangkat 10 darjat ( Al hadis )

Dengan menjadikan selawat itu sebagai amalan istiqamah harian maka kita boleh mendapat keistimewaan dan mempunyai kedudukan yang dekat dengan nabi Muhammad SAW di akhirat nanti

Renungkan diri sedang bertawaf mengelilingi Kaabah dengan penuh zikir , Tasbih dan Istiqfqr ( angankan dulu )

Idamilah istana akhirat dari mengidami istana di dunia kerana kita akan tertipu dan terpedaya dengan bisikan nafsu syaitan

Syahid mati mempertahankan agama dan solihin adalah hidup berkorban demi agama, kedua duanya mendapat syurga dengan keredhaan ALLAH Azzajawalla

Senyum itu sedekah, salam itu hadiah, jamuan itu wadah dan kasih sayang itu menjadi jariah, andai ia terus di wariskan kepada anak2 untuk berdakwah

Didalam seminggu, buatlah program keluarga seperti majlis ilmu samada membaca Al Quran secara Talaqi dan atau membaca bersama kitab kitab agama

Perbanyakan muhasabah diri di atas dosa dosa yang lalu,dengan beristiqfar, bersolat sunat taubat dan membaca Al Quran serta terjemahannya

Setiap kali selepas memberi salam solat terawih (individu ), sujud syukur pada iman,Islam,keturunan, hartabenda, amanah, tanggungjawab agama yang di kurniakan

Mohonlah kepada Allah semoga di kurniakan fadhilat malam 1?23 fadhilat terawih dengan satu persatu dan malam berikutnya demi untuk keredhaan dan naungannya ( rahmat )

Buatlah perkara yang menyenangkan, menjamu berbuka kepada yang berpuasa dan membantu mereka yang memerlukan demi kerana Allah s.w,t

Usahakan belajar mengamalkan Sunnah secara total pada bulan ramadhan serta perbanyakan solat sunnat terawih dengan penuh khusyukdan shahdu ( TIKA BERSENDIRIAN )

Pastikan kesejahteraan rumahtanggga bersih dari dosa dan noda dengan memperbanyakan amalan solehan dalam rumah. Jemputlah sahabat, teman dan taulan berbuka puasa bersama

Gunakanlah sebaik baik waktu di bulan ramadhan bagi mendidik nafsu dan membentuk amal yang bermula dengan menhindar nafsu makan berlebihan sewaktu berbuka puasa

Jangan sesakali lepaskan solat sunat terawih kerana itu adalah perjalanan fikir dan pembentukan diri untuk perjalanan iman atas wadah diri untuk beragama

Sebaik baik menyebut nama Allah adalah dinihari dengan memikirkn kejadian langit dan bumi serta seluruh alam ini

Zikirrullah itu adalah amalan yang banyak menyebut nama Tuhan seperti Allah, Ya Alah, Allah Hu dan Lailahaillalah samada dengan lidah, hati, nafas, dan rasa

Bukti dan dalil kita cinta Allah dan rasul adalah dengan perbanyakan Zikir dan Selawat terutama di dinihari

Ingat akan ibubapa dan mintalalah keampunan, dari mereka sebagai dalil anak yang soleh/solehah juga membaca Al Quran serta terjemahannya

Syahdukan Al- fatehah selepas subuh hingga Isyra' min 7 x sehingga ia meresap ke sanubari, maka wadah diri akan menjemput anugerah Illahi

Melangkah ke alam suci dengan zikir LAILAHAILLALLAH di malam hari dan bertasbih di waktu pagi dan petang serta wiridkan surah Al-Kafirun setiap kali lepas solat fardu

Bermusafirlah ke Masjidil haram, Nabawi dan Aqsa andai berkemampuan tetapi boleh sekadar di masjid kariah sendiri dengan renungan mencari usul ilmu dan dakwah

Mulakan beriktiqaf di masjid2 ataupun tempat tempat yang memudahkan ibadat kepada Allah dengan mencari malam LAILATULQADAR terutama pada malam 10 terakhir

Baca dan fikir apa yang tercatat pada A- Quran terutamanya mengenai nabi Musa AS sebagai renungan pada diri, bangsa dan negara

Keka;kan wuduk sepanjang hari dengan zikir di hati, tasbih di lidah, syukur atas kurnian, redha pada kehidupan dan mencari kelemahan diri

Pisahkan diri dengan dunia sementara musafir dan mendekatkan diri kepada ILLAHI dengan membawa renungan diri dan fikir mati

Iman, Islam, pengabdian dan fikir akhirat itu adalah platfom ketengahkan diri sebagai hamba Allah dan sedia di uji untuk mendekatkan diri kepada illahi

Sifat lemah lembut dan sopan santun wajib ada kepada diri yang mahu menjadi hamba Allah dan sedia melaksanakan dakwah dengan penuh hikmah

Renungi diri terhadap harta kesanyangan di dunia, apa sanggup kita korbankan demi agama dan peintah yang Maha Esa seperti mana Nabi Ibrahim contohnya




Dakwah itu sangat halus, penuh seni dan sangat terperinci , ia boleh lahir dari lisan, fikiran, doa, perbuatan dan sebagainya. Berusahalah ke arahnya










MARILAH KITA SEMUA BERSATU PADU ATAS NAMA ISLAM BAGI MENENTANG KEKEJAMAN DAN KEZALIMAN REJIM ISRAEL TERHADAP SAUDARA ISLAM KITA DI PALESTIN. BERSATU KITA TEGUH, BERCERAI KITA ROBOH
SALAH SATU SENJATA ORANG ISLAM ADALAH DOA, MARILAH KITA BERDOA UNTUK MEREKA - " YA ALLAH ENGKAU TURUNKAN PERTOLONGAN MU KEPADA RAKYAT PALESTIN DENGAN MENHANCURKAN REJIM ZIONIS SEDASHATNYA DAN KEMBALIKANLAH BUMI PALESTIN( MASJID AL AQSA ) KEPADA ORANG ISLAM - AMIN " . MARILAH KITA SEMUA MEMBOIKOT BARANGAN YAHUDI YANG SANGAT SOMBONG DAN ANGKUH ITU.



Bumi palestin bukanlah untuk orang palestin atau orang arab sahaja, Bumi Palestin adalah untuk seluruh umat islam



" Di antara malam malam yang paling di makbulkan doa adalah malam pertama bulan rejab, malam nisfu syaban dan malam kedua hari raya puasa/korban."


Bacalah BISMILLAH sebanyak 786 kali pada malam hari dan di minum pada matahari terbit, Insyaaallah akan membantu kepada kecerdasan

Bacalah Bismilahirrahmannirrahim sebanyak 21 kali sebelum tidur dengan istiqamah, maka di hindari kita dari mati kafir, bahaya kecurian dan godaan syaitan

Perbanyakan zikir Ya Rahman, Ya Rahim. Sesungguhnya ianya mampu menghindarkan musibah dan mendapat pertolongan Allah dengan segera

Perbanyakan beramal dengan Al-Fatihah kerana ia adalah penawar bagi penyakit dengan izin Allah


COPY DARI E MAIL
Semalam Razali Awang, pemberita TV3 yg pergi ke Gaza baru-baru ni, datang ke my company tu share his experience. Persatuan Islam Pekerja yg anjurkan. Razali ni tiap kali dia bercerita, mesti tersekat2 sebab dia kata dia tak dpt lupakan pengalaman yg dia akan kenang smpai mati. I ada things yg nak share yg buat I tak boleh tido mlm tadi: Mesir
Razali kata ni Firaun modern. Nama je Islam tapi dah very secular. Sanggup kencing di dinding2 masjid. Mesir sekat sempadan ..the only way ke Gaza . Makanan dan ubatan2 sume rosak kat sempadan Mesir-Gaza. Sempadan Gaza and Mesir is 14 km long. Kalau lah tak de sekatan, rakyat Palestine takkan kebuluran... "Mesir lebih rela bersempadan dgn Israel drp bersempadan dengan Hamas!" – Apa punya manusia ni, kata Razali Awang.
Khutbah Jumaat di Mesir mengharamkan khutbah mengenai keganasan di Gaza . Razali btau rakyat Palestin yg dia interview, kat Malaysia tiap Jumaat kami bacakan Qunut Nazilah dan bersolat hajat demi kesejahteraan rakyat Palestine … Berapa banyak checkpoint dia kena lalui kat Mesir…tapi dgn pertolongan Allah SWT lepas pulak..tapi perit nya..yg mintak rasuah…charge naik bas 500 meter is RM70!!! Memang sekutu kuat Amerika and Israel . (Eee…tak ingin hantar anak gi Al Azhar..lebih baik hantar ke negara Islam lain..UIA pun dah bagus!!!)

Gaza ( Palestine )

Terbahagi kepada 2 – Hamas dan Fatah…Belah Fatah ada kasino! Kata wartawan dari Belgium dan Itali, the best strawberry in the world comes from Gaza !
Imam Shafie lahir di sini (sebak pulak bila dengar yg ni). Razali kata rakyat Palestine sgt berpegang teguh kpd ajaran Islam dan mazhab Shafie.
Org Palestine sgt baik dan friendly as compared to other Arabs esp yg kat Mesir tu.. Moyang Rasulullah SAW dikebumikan dia sini (lupa nama .tapi dia mention Hashim….) Beautiful country, iklim Mediterranean .boleh kalahkan Los Angeles kalau tak kerana peperangan.

Hamas

Memang kalangan yg rela mati sebab mati syahid. Rela mati anytime. Bila bersalam perpisahan dengan Razali dia org ucap "Kalau anda dtg lagi ke sini, adakah kita akan bertemu lagi"…like they know they can die anytime.
Tulang2 yg melekat kat dinding bangungan rosak, tak busuk walau dah berminggu! Mayat tak reput langsung, bila kubur dibedil oleh Israel …punyalah jahat manusia, kubur pun nak bedil konon tempat simpan senjata.
Hamas ada 25,000 org...tak de senjata canggih tapi yg mati hanya 100 lebih je!! Hamas ni beroperasi di bawah tanah and they are everywhere. They operate in small groups.
Isteri kepada yg mati syahid, hanya ada satu misi, utk berperang dan mati syahid supaya dapat jumpa suami semula di syurga.. Bagi mereka, kanak2 yg mati berada di sisi Allah SWT. Menurut seorang ibu yg anak nya mati syahid, hari ni sorang mati, esok lahir lagi seorang bayi.

Israel

Memang pengecut sebab tak berani perang one to one ngan Hamas. Kat darat hanya duduk dlm kereta kebal. Pastu serang ngan bom pintar, bom fosforus dari jarak jauh. Dia org tau Hamas ada penembak tepat! So, depa takut nak turun dari kereta kebal.

Kereta kebal Israel musnahkan tanaman seperti anggur dan pokok zaitun sebab tanaman ni makan masa bertahun nak tumbuh balik. Biar rakyat Palestine kebulur dan tak de sumber pendapatan. Semua resolusi PBB, satu pun Israel tak ikut!!! Ada back-up besar lah katakannn.

Rakyat Palestine

Sedih Razali tengok dia org rebus rumput sebab dah tak de makanan. Kanak2 tiada cita-cita lain selain dari ingin menjadi pengebom berani mati kerana trauma melihat ahli keluarga dibunuh di depan mata sendiri!
Di hospital, pembedahan, jahit kulit ke apa ke…terpaksa dibuat tanpa bius. Sebab ubat dah tak de. Razali kata tak tahan dia tengok budak2 menjerit2 kesakitan bila kepala di jahit!
Dia jugak pergi sendiri ke dewan bedah yg telah dibedil dgn bom fosforus ..sebelum serangan ada few doctors sedang bedah pesakit….Razali kata tak de apa yg tinggal ..semua dah jadi abu!!! Ada la nampak serpihan tulang sikit2 here and there…Fosforus ni dia hancurkan kulit dan tulang…Nauzubillah. Ada banyak lagi..but too long to write. Razali Awang memang volunteer nak pergi ke Gaza ...So, inilah yg diceritakan oleh beliau.
Dekat
Satu lagi antara pembekal rifle ke Israel selain dari USA is negara jiran kita ni ha...yg paling dekat...
SINGAPURA! So Razali kata kalau kita shopping kat sana mcm kita sokong Israel .
So friends, kita terus doa dan berdoa utk keselamatan saudara Islam kita di mana jua mereka berada..
Wasalam.










JANGAN KHUATIR DENGAN REZEKI, MUDAHKANNYA DENGAN PERBANYAKAN DHUHA, AGAR KEHIDUPAN TERSUSUN DAN TERLAKSANA

JAUHNYA PERTOLONGAN ALLAH ITU ADALAH KERANA HATI PENUH DENGAN SIFAT ANKUH, SOMBONG ,DENGKI KHIANAT DAN SEUMPAMANYA ( PENYAKIT HATI)







Sekiranya anda hidup dalan kesenangan, janganlah terlalu gembira

Sekiranya anda hidup dalam kesusahan, janganlah terlalu berdukacita

Kerana ianya hanyalah sementara sahaja

Kita semua akan berpindah alam akhirat iaitu tempat kediaman yang kekal
abadi selamanya




Bermula perjalanan iman itu adalah dengan kesabaran di atas qado dan qadar Allah




Lidah berkata cinta Allah dan Rasul, perbuatan di laksana tidak mengikut usul, Al-Quran hanya sebagai simbol, kehidupan yahudi nasaro itu yang timbul



Tempat bagi orang syirik kepada ALLAH adalah neraka jahanam


Firman ALLAH : Hai hambaku yang melampaui, jangalah kamu berputus asa dengan rahmat ALLAH, ALLAH maha pengampun segala dosa ( Az - Z umar ayat 552 )




INGAT LAH DUNIA INI HANYA SEMENTARA SAHAJA

AKHIRAT ADALAH TEMPAT KEKAL ABADI SELAMANYA






KEINDAHAN ISLAM ITU TERLETAK PADA PENGAMALNYA












.
.