PELBAGAI EBOOK-PETUA-TIP KESIHATAN-PELUANG PERNIAGAAN ONLINE-KLIK DISINI

Cahaya yang menerangi











KEINDAHAN ISLAM TER;ETAK PADA PENGAMALNYA
       



Jika diri berada dalam dosa dan noda cepatlah kembali ke jalan yang benar, untuk kembali ke jalan kebenaran dengan taubat nasoha hendaklah sebelum umur 40 tahun. Jika telah melebehi had umur tersebut amatlah sukar hendak membersihkan diri untuk menjadi orang yang berakhlak mulia



Orang Islam di zaman dahulu berjihad berperang dengan orang kafir untuk menegakan agama Islam, Orang Islam sekarang berjihad berperang dengan nafsu untuk menegakan agama Islam




Ayat ini di namakan bismillah 5 kerana terdapat 5 kali sebutan bismillah di dalamnya.




Maksudnya:
1. Dengan nama Allah yang maha pemurah lagi penyanyang.
2. Dengan nama Allah yang menyembuhkan.'
3. Dengan nama Allah yang mencukupi.
4. Dengan nama Allah yang memberi kesejahteraan.

5. Dengan nama Allah yang tidak memberi mudarat sesuatu di bumi juga di langit, dan Dia maha mendengar lagi maha mengetahui.



Khasiat Ayat Ini
1. Penawar bisa

2. Penawar kepada penyakit bisa bisa tulang, bisa bisa badan, bisa batu meroyan.

3. Boleh diubati penyakit yang tidak diketahui puncanya.



Tatacara

1. Membaca dengan satu nafas dgn hati yang khusyuk.

2. Ditiup ditangan atau ditempat yang sakit.

3. Sapukan di tempat yang sakit ataupun disapukan ke satu badan.

4. Kemudian iktikad seperti membuang sesuatu keluar dari badan pesakit.





DUNIA DAN AKHIRAT

Jabir bin Abdullah berkata, “Pada suatu hari sewaktu saya bersama baginda Rasulullah SAW maka tiba-tiba datang seorang lelaki yang berwajah putih bersih, rambutnya pula sangat cantik dan dia memakai pakaian yang putih. Lalu dia menghampiri Rasulullah SAW dengan berkata: “Assalamualaikum ya Rasulullah, apakah ertinya dunia itu?”
Maka Rasulullah SAW pun bersabda,”Dunia itu adalah impian orang yang tidur.”
Bertanya orang itu lagi, “Apakah ertinya akhirat itu ya Rasulullah SAW?”
Bersabda Rasulullah SAW, “Satu kumpulan manusia yang berada didalam Syurga dan satu kumpulan lagi berada didalam Neraka Sa’ir.”
Orang itu bertanya lagi, “Apakah Syurga itu?”
Bersabda Rasulullah SAW, “Sebagai ganti dunia untuk mereka yang menjauhkan dunia, kerana sesungguhnya nilai harga Syurga itu sama dengan menjauhkan dunia ini.”
Bertanya orang itu lagi, “Apakah Jahanam itu?”
Maka bersabda Rasulullah SAW, “Jahanam itu adalah sebagai ganti dunia bagi mereka yang mencarinya.”
Bertanya orang itu lagi, “Siapakah sebaik-baik umat ini?”
Bersabda Rasulullah SAW, “Sebaik-baik umat ialah yang taat kepada Allah SWT.”
Orang itu bertanya lagi, “Bagaimana yang dikatakan orang yang taat itu?”
Bersabda Rasulullah SAW, “Orang yang berusaha bersungguh-sungguh sebagaimana orang mencari kafilah.”
Orang itu bertanya lagi, “Seberapakah ketentuan taat itu?”
Bersabda Rasulullah SAW, “Seperti kira-kira perbezaan dari kafilah.”
Bertanya orang itu lagi, “Berapa jarak jauhnya dunia dengan akhirat?”
Bersabda Rasulullah SAW, “Hanya sekadar memejamkan mata sahaja.”
Jabir melanjutkan ceritanya, “Setelah orang itu pergi kami tidak lagi melihat orang itu selepas itu.”
Rasulullah SAW bersabda, “Orang lelaki yang datang tadi adalah Jibrail as, dia datang kepada kamu supaya kamu semua menjauhkan diri dari dunia dan supaya kamu mencintai akhirat.
Bersabda Rasulullah SAW lagi, “Sesungguhnya Allah SWT tidak mencipta makhluknya yang lebih dibenci selain dunia, bahkan dia (Allah) tidak melihatnya sejak menciptakannya.”
Dunia ini adalah satu alam khayalan yang mana satu masa nanti ianya juga akan musnah, jadi apalah gunanya kita mengejar dunia setelah kita tahu bahawa akhirat sahaja yang kekal.
Gunakanlah dunia ini untuk kita mengumpul bekalan amal untuk dibawa ke akhirat, janganlah kita menjadi orang bodoh, sebab orang yang bodoh hnya suka mengejar dunia. Seluruh masa dan tenaganya dihabiskan semata-mata untuk mendapatkan dunia.

CARA MENGHINDARI GODAAN SYAITAN
Dalam hal ini Rasulullah bersabda: “Sesungguhnya syaitan itu menghasut anak Adam dengan berbagai cara. Lalu (pertamanya) ia menghasut melalui jalan agama Islam itu sendiri dengan berkata: Apakah kamu menganut Islam dan meninggalkan agamamu dan agama nenek moyangmu? Anak Adam enggan mengikutinya dan tetap berpegang dengan Islam. Kemudian dia menghasut pula di jalan hijrah, lalu dia berkata: Adakah anda ingin berhijrah meninggalkan tanah air dan kampung halaman? Lalu anak Adam mengingkarinya dan tetap berhijrah. Kemudian syaitan menghasut pula di jalan jihad dengan berkata: “Adakah engkau ingin sedangkan jihad itu membinasakan jiwa dan harta benda engkau, kemudian engkau berperang lalu engkau dibunuh, kemudian isteri engkau dikahwini orang dan harta kekayaan engkau dibahagi-bahagikan. Lalu anak Adam tetap mengingkari syaitan dan terus berjihad.
Kemudian Rasulullah SAW bersabda: Maka sesiapa yang bersikap demikian kemudian ia mati maka adalah hak Allah SWT memasukkannya ke dalam syurga”. (riwayat al-Nasa’i)
Menjauhkan diri daripada maksiat dan kejahatan adalah bermaksud menjauhi syaitan. Banyakkan zikir, solat, wuduk, selawat, istighfar, membaca al-Quran. Kawal pancaindera daripada murka kepada pencipta-Nya.



KELEBEHAN BULAN REJAB
Bulan Rejab merupakan bulan yang
sangat dimuliakan di dalam Islam. Banyak hadis Rasulullah S.A.W. yang
telah diriwayatkan oleh para sahabat Baginda mengenai kelebihan bulan
Rejab, bulan ketujuh di dalam kalendar Islam. Rejab bermaksud ta'azim
(kebesaran, keagungan, kemuliaan) kerana Allah S.W.T. akan melimpahkan
rahmat-Nya, kemurahan-Nya.

Amalan terbaik di dalam bulan Rejab ini
ialah berpuasa. Maksud
hadis Rasulullah S.A.W. tentang kelebihan berpuasa di dalam bulan Rejab
adalah seperti berikut:

Puasa 1 hari - Seperti berpuasa 40 tahun dan
mendapat
keredhaan Allah serta syurga tertinggi.

Puasa 2 hari - mendapat kemuliaan
besar
daripada Allah dan dilipatgandakan pahalanya.

Puasa 3 hari - dijauhkan dugaan dunia
oleh
Allah, dijadikan sebuah parit panjang yang menghalangnya ke
neraka,

Puasa 4 hari - diselamatkan daripada
siksaan akhirat kelak serta fitnah Dajjal.

Puasa 5 hari - aman dari azab
kubur.

Puasa 6 hari - dibangkitkan dari kubur
dengan muka bercahaya.

Puasa
7 hari - Allah mengunci 7 pintu neraka jahannam baginya.

Puasa 8 hari - Allah membuka 8 pintu
syurga baginya.

Puasa 9
hari - keluar dari kuburnya lalu menyeru "Laailahaillallah" dan tidak
ditolak dia dari memasuki syurga.

Puasa 10 hari - Allah memperkenankan
semua
permintaan dan hajatnya, dijadikan hamparan perhentian di titian
Siratul Mustaqim setiap satu batu dan dijadikan 2 sayap untuk terbang
seperti kilat di titian Siratul Mustaqim.

Puasa 13 hari - Saidina Ali berkata
bahawa
fadilatnya seperti puasa 3,000 tahun.

Puasa 14 hari - Saidina Ali berkata
bahawa
fadilatnya seperti puasa 10,000 tahun.

Puasa 15 hari - Allah mengampunkan
semua
dosanya yang lalu di samping menggantikan amalan kejahatan dengan amalan
kebaikan. Saidina Ali berkata bahawa fadilatnya seperti puasa 100,000
tahun.

Puasa 16 hari -
dapat melihat wajah Allah di dalam syurga dan orang pertama menziarahi
Allah di dalam syurga.

Puasa
19 hari - Dibina sebuah mahligai di hadapan mahligai Nabi Allah Ibrahim
dan Nabi Allah Adam.

Puasa
20 hari - Allah mengampunkan segala dosanya yang lalu, dan melakukan
amalan baik dengan baki umurnya.

Sesiapa yang berpuasa 3 hari dalam bulan
Rejab dan beribadat
pada malamnya seperti dia berpuasa 3,000 tahun, diampunkan baginya 70
dosa-dosa besar setiap hari, ditunaikan 70 hajat ketika keluar nyawa
dari jasadnya, 70 hajat ketika di dalam kuburnya, 70 hajat ketika
terbang suhuf (ketika Al-Quran dinaikkan ke langit), 70 hajat ketika
ditimbang amalannya di Mizan, dan 70 hajat ketika melalui titian Siratul
Mustaqim.

Berpuasa
pada 27 Rejab (Hari Israk dan Mikraj) seperti berpuasa 60 bulan
pahalanya, jika disertai dengan sedekah seumpama puasa 1,000
tahun.

Kelebihan lain
bulan Rejab:

* Di dalam bulan lain Allah membalas amalan
umat-Nya 10
kali, tetapi di dalan bulan Rejab Allah akan membalas amalan umat-Nya 70
kali.
* Sesiapa
meminta ampun (beristighfar) pada pagi dan petang 70 atau 100 kali di
dalam bulan Rejab, diharamkan tubuhnya daripada api neraka.
* Rejab bulan Allah, Sya'aban bulan
Rasulullah. S.A.W, Ramadhan bulan umat Rasulullah S.A.W.
* Rejab adalah bulan menabur benih,
Sya'aban bulan menyiram tanaman manakala Ramadhan bulan menuai.
* Amalan di dalam bulan Rejab
menyucikan badan, Sya'aban menyucikan hati manakala Ramadhan menyucikan
roh.
* Rejab adalah
bulan maghfirah (keampunan), Sya'aban bulan syafaat manakala Ramadhan
bulan menggandakan kebajikan.
* Rejab adalah bulan taubat, Sya'aban bulan
muhibbah
manakala Ramadhan bulan dilimpahi pahala amalan yang banyak.
* Pahala amalan baik di dalam bulan
Rejab diganda 70 pahala, Sya'aban diganda 700 pahala dan Ramadhan
diganda 1,000 pahala.
*
Beberapa amalan lain yang baik dilakukan dalam bulan Rejab:
* Menyucikan diri daripada dosa
dengan bertaubat dan memohon ampun
* Membersihkan hati yang lalai dan alpa
melalui amalan
istighfar dan zikir
*
Mendekatkan diri kepada Allah dengan menunaikan solat
* Memohon keselamatan dan
kesejahteraan dengan berselawat dan berdoa kepada-Nya
* Menginsafkan diri dengan membaca
kisah teladan perjuangan Rasulullah S.A.W. dan sirah Islam lain.

DOA BULAN
REJAB:
"Ya
Allah, berkatilah kami pada bulan Rejab dan bulan Sya'aban serta
sampaikanlah kami ke bulan Ramadhan. Aku bermohon keampunan Allah yang
Maha Agung dan tiada Tuhan melainkan Dia, yang hidup, yang berdiri
sendiri dan aku bertaubat kepada-Nya. Ya Allah, Engkaulah Tuhanku, tidak
ada Tuhan yang patut disembah kecuali Engkau yang mencipta aku. Aku
adalah hamba-Mu dan aku dalam genggaman-Mu. Aku dalam perjanjian
(beriman dan taat) kepada-Mu sekadar kemampuan yang ada padaku. Aku
berlindung kepada-Mu dari kejahatan yang (mungkin) aku lakukan. Aku
mengakui atas nikmat yang engkau berikan kepadaku dan mengakui
dosa-dosaku. Kerana itu aku memohon keampunan-Mu dan sesungguhnya tiada
yang dapat mengampuni dosa seseorang kecuali Engkau Ya-Allah."

Istighfar
paling baik dalam bulan Rejab:
Maksudnya: "Aku bermohon keampunan
Allah
yang Maha Agung dan tiada Tuhan melainkan Dia, yang hidup, yang berdiri
sendiri dan aku bertaubat kepada-Nya."


MENERANGKAN PENGLIHATAN

Perkara yang boleh menerangkan pandangan dan menyejukkan hati iaitu
melihat pada warna
hijau, melihat air yang mengalir, melihat orang/barang
yang disayangi dan melihat buah (dedaun). Perkara yang boleh menggelapkan
pandangan iaitu berjalan tanpa alas (berkaki ayam), menyambut waktu
pagi dengan wajah murka (masam), banyak menangis dan banyak membaca tulisan
yang kecil-kecil.

PENYEBAB WAJAH BERSINAR

Perkara yang boleh menyebabkan wajah kelihatan kering (hilang cahaya)
iaitu berdusta, tidak mempunyai perasaan malu, banyak bertanya tanpa
ilmu dan banyak berbuat dosa. Perkara yang boleh menyebabkan wajah bersinar
iaitu menjaga maruah, jujur, dermawan dan takwa.
PERASAAN BENCI

Perkara yang menyebabkan perasaan benci iaitu sombong, dengki,
berdusta dan suka mengadu domba.

PERKARA YANG MENDATANGKAN DAN MENYEKAT REZEKI

Perkara yang boleh menyebabkan datangnya rezeki iaitu Qiyamullail
(beribadah di waktu malam selepas tidur), banyak membaca istighfar di
waktu sahur (masa sebelum masuk waktu subuh), bersedekah dan berzikir
di waktu pagi dan petang. Perkara yang menyebabkan rezeki tersekat iaitu
tidur di waktu pagi, sedikit mengerjakan sembahyang, malas dan khianat.

KEFAHAMAN DAN INGATAN

Perkara yang boleh menyebabkan rosaknya ingatan dan kefahaman iaitu
sentiasa makan buah yang masam, tidur pada tengkuk (belakang kepala),
hati sedih dan fikiran runsing. Perkara yang menyebabkan bertambahnya
daya ingatan dan kefahaman iaitu kegembiraan hati, sedikit makan dan
sedikit minum, mengawal makanan dengan sesuatu yang manis dan berlemak
serta mengurangkan kelebihan yang memberatkan badan.

Maksud firman Allah:
Dan sesungguhnya kami jadikan untuk isi neraka jahanam kebanyakan dari
jin dan manusia, mereka mempunyai hati, tetapi tidak dipergunakannya
untuk memahami (ayat-ayat Allah) dan mereka mempunyai mata (tetapi)
tidak dipergunaknnya untuk melihat (tanda-tanda kekuasaan Allah), dan mereka
mempunyai telinga (tetapi) tidak dipergunakannya untuk mendengar
(ayat-ayat Allah). Mereka itu sebagai binatang ternak, bahkan mereka
lebih sesat lagi. Mereka itulah orang-orang yang lalai. (Al A'raaf:
179)

Kejayaan setiap manusia adalah dalam agama (islam). Sejauh mana ia taat
kepada Allah, Ikut sunnah nabi SAW.
...Ali bin Abi Thalib r.a berkata:...' ketahuilah bahawa sesungguhnya sabar itu laksana kepala bagi jasad..jika kepala diputuskan tiada gunanya jasad ini'..tambahnya dgn nada tegas...'sesungguhn ya tiada iman bg seseorang yg tidak memiliki kesabaran... ..'

Perkara yang menyebabkan rosaknya badan Iaitu perasaan runsing,
gelisah, lapar dan tidak tidur malam (bukan tujuan qiyamullail


Untuk membahgiakan diri sendiri dan orang lain, jangan bertindak terburu buru, bertindaklah dengan bijak, agar hidup ini bererti





Orang yang bijak tidak akan mengulangi kesilapan yang di lakukannya



Keluarga yang bahagia adalah keluarga yang isinya hidup dalam kasih sayang dan saling hormat menghormati dengan penuh taqwa


5 alam yang kita lalui dalam kehidupan ini ia itu
1) Alam arwah ( alam roh )
2) Alam Rahim
3) Alam Dunia
4) Alam Barzah ( kubur )
5) Alam akhirat










Allah mencipta kita di dunia ini dengan segala nikmatnya, adakah Allah hendak kita membalas nya kembali, sebenarnya tidak, Allah hanya mahu kita sentiasa mensyukuri dengan segala nikmatnya itu dan hidup dengan penuh sejahtera di atas dunia ciptaannya melalui Akhlak yang mulia



Sentiasalah baca doa ini ketika berada di hadapan cermin
" Ya Allah sempurnakanlah akhlak ku sepertimana engkau sempurnakan kejadian ku"



DI UTUSKAN RASUL KEPADA MANUSIA ADALAH UNTUK MENYEMPURNAKAN AKHLAK



AKHLAK YANG MULIA AKAN MEMBAWA KITA KEPADA HIDUP YANG SEJAHTERA DI DUNIA HINGGALAH KE AKHIRAT KELAK


.
.